Yakjuj & Makjuj: Bencana Di Sebalik Gunung (Edisi Jimat) - Edisi asal buku ini telah terjual lebih 40,000 naskhah.
Kebaikan Edisi Jimat ialah
1. Harga yang lebih murah
2. Saiz lebih kecil dan mudah bawa
3. Kandungan tetap sama dengan edisi asal
Ulasan Prof. Dr. Zulkifli Haji Mohd Yusoff, Universiti Malaya tentang buku ini;
"Sebuah karya berupa sebuah pengkajian yang serius mengenai Yakjuj dan Makjuj yang menggabungkan studi tiga kitab utama Al-Quran, Taurat, dan Injil dan dikupas secara tematik ilmiah. Sekalipun isinya sarat dengan perbincangan yang berat kerana mendalami aspek teologi dan kajian klasik tetapi saya teruja pada pendekatan perbandingan yang digunakan oleh pengarang. Saya percaya pembaca tidak akan rugi membeli karya ini malah yakin mereka memperolehi maklumat baru dalam menafikan tuduhan terhadap Al-Quran sebagai kitab memplagiat kisah lampau. Kupasan pengarang menjadi lebih menarik apabila berupaya merungkai seluruh persoalan sampingan seperti Zulkarnain dan dinding besi antara dua gunung seperti pembentangan surah Al-Kahfi sebelum sampai kepada natijah interpretasi Yakjuj dan Makjuj."
Isu-isu misteri yang sering dipersoalkan adalah:
1. Apakah spesis Yakjuj dan Makjuj itu? Haiwan ataupun manusia?
2. Di manakah kediaman mereka?
3. Sejak bilakah kali pertama mereka ditemui?
4. Negara-negara manakah yang pernah diserang oleh Yakjuj dan Makjuj?
5. Benarkah mereka akan keluar sekali lagi bagi merosakkan dunia?
Buku ini mengupas bangsa yang terkejam dalam sejarah. Mereka sudah wujud sejak zaman Zulkarnain lagi. Sebelum tembok Zulkarnain dibina, bangsa ini sudah memporak perandakan pentas dunia dengan serangan demi serangan ke atas beberapa tamadun dunia. Nabi Muhammad s.a.w meramalkan bangsa ini akan muncul lagi di akhir zaman.
Paling Popular
Maklumat
Kategori
Hubungi Staf Bookcafe (Isnin - Jumaat : 9.00 Pagi - 5.45 Petang)
|
Zulkifli Abdullah (En. Zul)
Email : zulkifli@pts.com.my YM : zul.malc@yahoo.com HP : 016 - 6618 159 |
Muhammad Husaini Senin (En. Husaini)
Email : husaini@pts.com.my HP :
016 - 6615 262
|
Nurdianah Bt Abdul Kadir Malim (Cik Diana)
Email : diana@pts.com.my HP : 016 6611 972
|







